KUALA LUMPUR: Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua Mahkamah Syariah seluruh negara ditutup manakala segala urusan ditangguh atau dilaksanakan melalui dalam talian.
Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan berkenaan kepada semua Mahkamah Syariah dan JKS Negeri, pada 17 Mac lalu.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pada 17 Mac lepas berkata permohonan untuk tahanan reman dan pendaftaran kes baharu dan urusan jamin dijalankan seperti biasa.
Beliau berkata antara urusan yang ditangguh adalah prosedur perbicaraan dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah, sama ada kes mal atau jenayah di mahkamah terbuka, mahupun di mahkamah tertutup.
Pendengaran kes sivil secara dalam talian boleh dilakukan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat dengan persetujuan pihak-pihak dan juga kebenaran permohonan berkenaan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah semua permohonan pendengaran permohonan “ex-parte” atau “inter-partes” yang difailkan bersama perakuan segera di Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung.
Mohd Na’im turut menasihati pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah supaya sentiasa peka dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa.