PdP dalam talian bawa kesan pada capaian pelajar – PKP

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta beralih kepada pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19.

Namun demikian, pendekatan itu tidak realistik kerana keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira pelbagai faktor khasnya pencapaian pelajar dengan menggunkan Internet yang boleh memberi kesan kepada kualiti pembelajaran.

Mengulas perkara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata sebilangan pelajar tidak mendapat akses internet dengan baik dan ia menyukarkan mereka untuk mendapatkan input pembelajaran yang baik.

“Namun, bagi pelajar yang mendapat capaian internet dengan baik, mereka boleh berkongsi bahan pembelajaran dengan rakan misalnya melalui aplikasi WhatsApp dan khidmat pesanan ringkas (SMS)”, katanya.

“Niat pihak universiti adalah untuk mengisi cuti yang berlama itu dengan baik melalui menjalankan kelas secara talian . Pembelajaran pdp dalam talian juga menjurus kepada beban kewangan untuk membeli pakej internet,” katanya lagi.

Justeru, beliau berkata pihak pengurusan IPT wajar mempertimbang untuk menangguhkan atau melanjutkan semester semasa sepertimana yang dicadangkan beberapa pelajar supaya mahasiswa mendapat PdP yang sama serta kualiti pembelajaran yang sepatutnya diterima.

Pada 20 Mac lepas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan semua IPT melaksanakan PdP secara dalam talian dengan syarat, mendapat akses, pensyarah dan infrastruktur telah sedia sepenuhnya oleh semua pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here