Pemberian elaun khas RM200 buktikan kerajaan hargainya pengorbanan ATM, PDRM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan kerajaan prihatin dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan negara yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya sangat menghargai peruntukan itu, terutama ketika sukar dan kegawatan ekonomi.

“Kami faham tentang kekangan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan, apapun kami tetap sedia berkhidmat dan inilah sumpah setiap warga PDRM,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata sebarang bantuan khas yang diberikan kerajaan pasukan polis amat disyukuri.

“Setiap pegawai dan anggotanya sentiasa komited dalam menjalankan tugas, terutama dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”, katanya.

Dalam pengumuman pakej yang disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen, Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi elaun khas RM200 sebulan kepada tentera, polis, kastam, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam PKP, yang akan mula dibayar pada 1 April ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here