COVID-19 : Laluan khas untuk petugas barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan laluan khas untuk petugas barisan hadapan dan kenderaan perdagangan keperluan asas di setiap lebuh raya untuk memastikan semua pergerakan penting pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan lancar.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, memaklumkan laluan khas berkenaan dikhaskan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lain-lain agensi yang terbabit dalam PKP.

“Laluan ini dibuka adalah untuk memastikan petugas ini segera sampai ke destinasi masing-masing terutama pada waktu pagi atas urusan ke tempat kerja dan tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya”, katanya.

“Selain barisan hadapan ini, turut dibenarkan melalui laluan khas berkenaan adalah kenderaan perdagangan yang membawa barangan keperluan asas asas dan makanan”, tambah beliau.

Selain itu, pegawai kakitangan kerajaan berkepentingan yang terbabit dan pihak media cetak dan elektronik yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan juga dibenarkan menggunakan laluan khas itu.

“Orang ramai yang mempunyai tunggakan saman diminta mengambil peluang untuk membuat pembayaran saman secara dalam talian di rumah,” katanya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here