PRIHATIN : Bantuan RM500 ringankan beban pemandu e-hailing

GEORGE TOWN, 28 Mac  – Grab Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada 120,000 pemandu e-hailing yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaan, Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa dita

“Ketika tempoh getir ini, sebarang bantuan kerajaan mengurangkan bebanan sudah tentu dialu-alukan, pihak Grab kami telah memindahkan beribu kategori pemandu yang ada sekarang kepada kategori rakan penghantar bagi membantu menampung pendapatan mereka yang terjejas akibat COVID-19”, katanya.

Ketua Negara Grab Malaysia Sean Goh berkata syarikat itu menyambut baik bantuan wang tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada setiap pemandu dan menyifatkan wang itu akan membantu dalam tempoh mencabar ini. Bantuan wang tunai berkenaan akan dibayar bulan hadapan.

Beliau berkata Grab Malaysia telah melancarkan ‘Partner Protection Fund’ yang menyediakan bantuan kewangan kepada petugas yang perlu menjalani kuarantin atau menerima rawatan untuk COVID-19.

Grab Malaysia berterima kasih atas sokongan kerajaan terhadap sektor digital dan e-ekonomi agar kekal teguh menghadapi cabaran semasa.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here