Sebelas rumah kedai terbakar

TANJUNG MALIM, 28 Mac  – Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan insiden itu pada pukul 12.22 tengah malam sebelum sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya operasi memadam kebakaran turut disertai BBP Slim River, BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Bidor dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village.

”Kebakaran itu membabitkan 11 rumah kedai kelas B dengan anggaran 70 peratus musnah dalam kebakaran itu.

“Setakat ini, belum ada laporan mangsa yang terbabit dan punca kejadian belum dikenal pasti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here