Kerajaan kerjasama dengan Maskargo bekal perubatan diperlukan dari China

KUALA LUMPUR, 29 Mac  – MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) bekerjasama dengan pebagai agensi kerajaan bagi membekalkan perubatan yang sangat diperlukan untuk rakyat Malaysia dari negara China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Mohamed Salleh dalam kenyataan hari ini berkata syarikat itu bersama-sama agensi lain sedang mencari pelan penerbangan dan pengurusan ruang kargo untuk barangan perubatan diterbangkan ke negara ini dari negara China sahaja.

“Kami telah menukar jadual pesawat untuk menguruskan pergerakan kargo paling menjadi keutamaan ketika ini dengan kerjasama kedua-dua kerajaan, dan pasukan kami telah bekerja siang dan malam untuk memastikan peralatan perubatan ini tiba dengan selamat di Malaysia”, tambah beliau.

“Untuk mengatasi masalah kekurangan kapasiti, kami juga meninjau penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) yang pesawat penumpang Malaysia Airlines digunakan untuk menerbangkan hanya kargo dari China,” katanya.

Ibrahim berkata Rabu lepas meninjau pesawat Passenger-to-Cargo (P2C) pertama menerbangkan bekalan perubatan dari China melalui penerbangan MH389, membawa 300,000 penutup hidung dan mulut pakai buang, 50,000 sut perlindungan dan 8,000 sut perlindungan dengan kaca mata perubatan, yang diterima sumbangan daripada Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation.

Beliau berkata usaha itu dapat dilakukan melalui kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pengangkutan dan Pharmaniaga Berhad, kumpulan farmaseutikal bersepadu yang terbesar di Malaysia.

Pengurus Kanan MASkargo Kawasan Utara, Ahmad Fahmi Awang berkata ia adalah pengalaman baharu bagi pasukan itu kerana memuatkan kargo di bahagian kerusi penumpang pada kali pertamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here