Penafian mesej tular di aplikasi ‘whatsapp’ mengenai penggiat seni, pemain industri

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan satu mesej yang tular di aplikasi ‘Whatsapp’ berkaitan permohonan maklumat peribadi penggiat seni atau pemain industri yang sedang dikumpulkan oleh MOTAC.

Mesej yang tular itu meminta penggiat seni atau pemain industri untuk memberikan maklumat yang mengandungi data peribadi bagi mendapatkan bantuan daripada MOTAC.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Sekiranya pihak MOTAC ingin mendapatkan maklumat peribadi penggiat seni atau pemain industri, Kementerian ini akan mendapatkannya menerusi persatuan dan melalui saluran rasmi MOTAC sahaja.

MOTAC menggesa orang ramai agar tidak mempercayai mesej-mesej yang tular daripada scammer bagi membendung penularan berita palsu yang semakin meningkat kini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here