- KUALA LUMPUR, 30 MAC– Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu ( UAE) yang menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia hari ini.
Hishammuddin berkata semua peralatan perubatan berupa kit ujiam COVID-19 itu, akan diserahkan terus kepada Agensi Pengerusan Bencana Negara (NADMA) untuk digagihkan kepada pihak yang memerlukan, khususnya petugas barisan hadapan.
” Saya juga bersyukur kerana susulan perbualan telefon saya dengan Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan tempoh hari, selain bantuan peralatan perubatan yang kita terima hari ini, UAE dan Malaysia turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi Covid-19.
” Perkongsian (maklumat) ini termasuklah melalui video conference yang diadakan setiap hari melibatkan Taskforce Covid-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE,” katanya.
Hishammuddin juga berharap kerjasama erat ini berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis ini dengan sebaik mungkin.