COVID-19: Selangor mula salur bekalan makanan ke Sungai Lui

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membekalkan bahan makanan, kepada semua isi rumah di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri juga bersedia membantu untuk menambah jika ada sebarang keperluan sepanjang tempoh PKPD.

“Pemakluman secara menyeluruh juga akan dilakukan kepada semua yang terlibat melalui ‘Info On Wheels’ Jabatan Penerangan Negeri Selangor, termasuk siaraya di masjid dan surau di setiap kawasan tentang perkara yang perlu dipatuhi sepanjang PKPD serta maklumat yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan luar jangka,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menyentuh PKP fasa kedua yang bermula pada 1 April, beliau berkata, operasi pasar borong dan pasar awam akan dihadkan sehingga 4 petang, manakala perniagaan lain seperti kedai serbaneka, stesen minyak, kedai makan dan restoran hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama kepada Majlis Keselamatan Negara dalam melaksanakan mekanisme yang berkaitan dalam usaha menggempur penularan Covid-19,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here