Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini

MELAKA: Catuan air menerusi Program Bekalan Air Berjadual yang bermula sejak 29 Januari lalu di negeri ini, berakhir hari ini iaitu 1 April.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam kenyataan berkata, bekalan air mula diterima jam 10 pagi secara berperingkat

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peratusan paras air di tiga empangan termasuk empangan utama di Durian Tunggal yang menunjukkan peningkatan sejak dua minggu lalu.

“Mengambil kira situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Melaka ketika ini dan prihatin dengan kebajikan rakyat, kerajaan negeri bersetuju agar Program Bekalan Air Berjadual Zon 1 yang telah dimulakan sejak 29 Januari lalu dan Zon 2 yang telah dimulakan sejak 10 Mac lalu akan di tamatkan pada 1 April ini.

“Dengan keputusan ini, kerajaan negeri berharap lebih 80 peratus atau 735,221 isi rumah termasuk kawasan perindustrian dan perhotelan yang terlibat dalam program Bekalan Air Berjadual sebelum ini akan dapat manfaatnya dan boleh menarif nafas lega,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut katanya, beliau merayu seluruh rakyat di negeri itu untuk terus melakukan penjimatan memandangkan kaedah bekalan air berjadual akan diaktifkan semula sekiranya paras empangan berada dibawah 40 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan negeri dan SAMB perlu mengaktifkan semula catuan air dengan segera apabila paras takungan berada pada tahap kurang 40 peratus dan menunjukkan graf menurun.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here