PKP : Mara tawar latihan dalam talian untuk PKS, usahawan

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beralih kepada platform dalam talian bagi menjalankan program latihan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Timbalan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, berkata latihan secara dalam talian yang bermula minggu ini, akan memberi pengetahuan secukupnya terutama dari segi strategi perniagaan dan pemasaran efektif bagi meringankan beban aliran tunai selepas terjejas akibat COVID-19.

“kami menggunakan platform alternatif menerusi media sosial untuk menjangkau selain terus menyokong mereka dan ini adalah percuma.

Zulfikri berkata, MARA turut memperuntukkan sejumlah RM6.5 juta bagi 300 program latihan sepanjang tahun ini yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 7,000 PKS dan usahawan.

Setakat ini, terdapat seramai 65,000 peminjam aktif MARA selain 6,000 penyewa premis dan 22,000 usahawan yang telah menjalani latihan MARA.

Mengulas corak aliran pembelian, beliau berkata penurunan itu lebih ketara dalam industri peruncitan kerana orang ramai memilih untuk berjimat berbanding berbelanja.

“Corak pembelian pengguna akan berubah dengan mengutamakan barangan perlu berbanding mewah,” katanya.

Zulfikri turut memberi jaminan bahawa MARA akan terus memantau keadaan dan melakukan usaha yang kukuh bagi membantu kalangan PKS dan usahawan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here