SMC salur maklumat COVID-19 dalam talian

KUALA LUMPUR, 1 April – Pusat Informasi Bioteknologi Malaysia (MABIC) melancarkan platform media dalam talian, Pusat Sains Media (SMC) Malaysia, bertujuan menyalurkan maklumat isu-isu Sains berkaitan  COVID-19. 

SMC dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya ingin membantu menyebarkan maklumat tepat risiko jangkitan virus itu dengan menangani maklumat yang tidak sah menerusi fakta Sains, memandangkan terdapat banyak maklumat tidak tepat mengenai COVID-19 terutamanya dalam media sosial.

 “SMC akan menyediakan kenyataan dan reaksi daripada pakar Sains, mengumpul reaksi pakar-pakar Sains berhubung COVID-19 termasuk aspek virologi, genom, vaksin serta rawatan yang boleh dipetik dan dimasukkan dalam laporan media bagi memudahkan maklumat disampaikan”

Pengarah Eksekutif MABIC, Dr Mahaletchumy Arujanan berharap SMC dapat menjadi penghubung antara komuniti Saintis dan pengamal media bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti laporan media mengenai ilmu Sains kepada orang awam tanpa dicemari maklumat tidak tepat.

Beliau juga berharap usaha ini akan mendapat sokongan daripada komuniti Sains termasuk saintis, institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidikan dan agensi-agensi kerajaan dalam meningkatkan komunikasi dan literasi Sains di negara ini.

SMC Malaysia merupakan salah satu jaringan antarabangsa Pusat Sains Media (SMC) yang ditubuhkan di seluruh dunia termasuk United Kingdom, New Zealand, Australia, Jerman dan Kanada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang SMC Malaysia di www.sciencemediacentremalaysia.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here