KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar, pemborong, logistik, peruncitan dan e-dagang yang sudah diberikan pengesahan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pelaksanaan pengoperasian PKP seperti waktu operasi tertakluk kepada arahan lain daripada Majlis Keselamatan Negara, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata, pihaknya berharap penggiat industri memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh PKP dan mematuhi syarat untuk beroperasi yang ditetapkan.
“Surat pengesahan kementerian kepada pemain industri hanyalah membabitkan sektor bekalan makanan dan perubatan. Pengesahan juga dipanjangkan kepada setiap rantaian pengedaran serta sub-sektor yang menyokong dan membantu pemain industri dalam sektor bekalan makanan dan perubatan.
Katanya, majikan juga perlu menyediakan salinan surat kelulusan kementerian berserta lampiran senarai pekerja untuk memudahkan pergerakan pekerja ke tempat kerja, menghantar bekalan dan pulang ke lokasi kediaman.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan, pihak industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau emelkan kepada spip@kpdnhep.gov.my.