43,462 sampel ujian makmal diuji hingga hari ini

PUTRAJAYA – Kementerian kesihatan (KKM) telah menjalankan sebanyak 43,462 sampel ujian makmal koronavirus (Covid-19) sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, 2,908 sampel ujian adalah positif, 32,894 adalah negatif manakala 7,660 ujian masih menunggu keputusan daripada jumlah tersebut.

Beliau menjangkakan KKM mampu mengendalikan lebih daripada 11,500 ujian sehari dengan kerjasama makmal institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta, Malaysia Genome Institute (MGI), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Hospital Angkatan Tentera.

Beliau berkata KKM juga telah menjalankan ujian terhadap kit pengesanan antigen dari Korea Selatan yang mana, pihaknya akan membuat perolehan sebanyak 200,000 kit sekiranya kadar ketepatan daripada kit itu tinggi.

“Ujian boleh laksanakan di klinik ataupun di hospital dan mereka hanya memerlukan ‘biosafety cabinet’ sahaja. Jadi kita akan mempercepatkan lagi keputusan ujian tersebut menggunakan test kit pengesanan dari Korea itu supaya sampel ujian tidak perlu lagi dihantar ke makmal untuk mendapat keputusan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here