BNM bangunkan sektor kewangan progresif bagi isi rumah, perniagaan

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha membangunkan sektor kewangan yang progresif dan terangkum untuk isi rumah dan perniagaan pada 2020.

Dalam Laporan Tahunan 2019, BNM berkata ia akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk mendasarkan hala tuju keutamaan pada masa hadapan dalam menghadapi perubahan pesat melalui pelan induk baharu untuk sektor kewangan.

Selain itu ialah memudahkan pertumbuhan yang mampan dan terangkum melalui pembaharuan struktur dalam sektor insurans, takaful dan institusi kewangan pembangunan.

Dalam laporan itu, BNM berkata ia akan menambah baik strategi rangkuman kewangan untuk menggalakkan daya tahan kewangan dan menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan.

“Ia termasuk menggalakkan program jangkauan, pendidikan dan kesedaran untuk segmen sasaran seperti isi rumah berpendapatan rendah dan perusahaan kecil dan sederhana,” kata BNM.

Pada 2019, lebih 365,000 akaun pembiayaan rumah berjumlah RM158 bilion telah diluluskan.

“Daripada jumlah ini, lebih  53€ peratus adalah pembeli rumah kali pertama dan lebih 100,000 akaun adalah bagi rumah mampu milik berharga kurang daripada RM300,000,” kata BNM.

Bagi melengkapkan pembiayaan oleh industri, BNM telah menubuhkan Dana Rumah Mampu Milik berjumlah RM1 bilion pada 2018.

BNM berkata sehingga Jan 2020, dana ini telah digunakan sepenuhnya sekali gus membolehkan lebih 4,700 isi rumah membeli rumah pertama bersempena Kempen Pemilikan Rumah anjuran kerajaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here