Dr Noor Hisham sertai gabungan saintis dunia cegah COVID-19

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 buah negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian COVID-19 untuk kawasan kekurangan sumber.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan ‘Solidarity Trial’ telah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal COVID-19 yang didaftarkan, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepat penyelidikan COVID-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi berkata gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Ahli gabungan itu turut menyeru komitmen khusus untuk memastikan akses, supaya rawatan baharu yang berkesan disediakan secepat mungkin dalam keadaan kekurangan sumber dan dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here