PUTRAJAYA, 3 APRIL 2020 – Operasi Sanitasi Awam Putrajaya diteruskan pada hari ini melibatkan kawasan luar kompleks dan bangunan Kerajaan di Presint 1, 2, 3 dan 4, Putrajaya. Operasi pada hari ini merupakan hari ke-empat yang dilaksanakan bermula pada 31 Mac 2020.
Agensi yang terlibat termasuk Perbadanan Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Alam Flora, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia melibatkan lebih 30 anggota dengan jentera termasuk 3 buah lori tanker 5000L dan 4 unit pacuan empat roda dilengkapi mesin pengepam dan penyembur.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin bin Hassim turut meninjau operasi yang dijalankan pada hari ini. Menurut Datuk Dr. Aminuddin, selain operasi bersepadu secara semburan ini, Perbadanan Putrajaya juga melaksanakan kerja kerja disinfeksi rutin setiap hari melibatkan kawasan-kawasan kemudahan awam dan kuarters di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya menerusi kontraktor pembersihan yang dilantik.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Mohd Fairus Bin Mohd Padzil di talian 019-335 4346 atau e-mel ke m.fairus@ppj.gov.my.