COVID-19 : PDRM terima data 40,000 individu

Selain itu, Abdul Hamid berkata pasukan berkenaan juga sedang berusaha memperoleh maklumat ahli tabligh yang berada di luar negara dan akan menyerahkannya kepada pihak Jabatan Imigresen.

Sebelum ini, dilaporkan pihak penganjur ijtimak tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling di sini mendakwa sebanyak 95 peratus daripada kira-kira 11,000 peserta perhimpunan tabligh sudah tampil membuat saringan kesihatan bagi COVID-19.

Susulan itu, polis menubuhkan pasukan petugas membabitkan pegawai dan anggota JSJ di semua peringkat daerah dan kontinjen polis negeri dalam usaha mengesan mereka yang menghadiri perhimpunan itu dari 28 Feb hingga 1 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here