Lembah pantai paling tinggi kes COVID-19

PUTRAJAYA: Lembah Pantai menjadi kawasan paling tinggi dilanda wabak COVID-19 dengan 322 kes dicatatkan sehingga 12 tengah hari semalam, berdasarkan info grafik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian berkenaan, Hulu Langat menjadi kawasan kedua tertinggi dengan 302 kes diikuti Petaling sebanyak 292 kes; Seremban (141 kes); Johor Bharu (136 kes) dan Kluang sebanyak 132 kes dengan kesemua kawasan ini sudah diklasifikasikan sebagai zon merah.

Selain itu, di Johor sebanyak tiga daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Batu Pahat dengan 48 kes, Johor Baharu sebanyak 136 kes dan Kluang sebanyak 132 kes.

Pahang dan Kelantan masing-masing merekodkan satu daerah yang sudah dikategorikan zon merah iaitu Jerantut sebanyak 41 kes dan Kota Bharu sebanyak 82 kes.

Sehingga kini, sebanyak 3,333 kes positif dicatatkan di negara ini dengan 827 kes sudah sembuh dan dibenarkan pulang, manakala sebanyak 53 kes kematian dicatatkan sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, pada gelombang kedua COVID-19, Selangor mencatatkan sebanyak 600 kes dan penyumbang tertinggi bagi kes berkenaan adalah dari daerah Hulu Langat disebabkan menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, bulan lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here