Tempoh permohonan UPU online dilanjutkan hingga 17 April

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi melanjutkan tempoh tarikh tutup permohonan kepada 17 April daripada 7 April sebelum ini untuk kemasukan pelajar ke 20 universiti awam (UA) dan beberapa insitusi pendidikan tinggi awam (IPTA) lain.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata pihaknya memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) sukar mendapatkan akses internet.

Beliau berkata, lanjutan tarikh tutup permohonan itu turut membabitkan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Hari terakhir bagi pemohon membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April ini,” katanya.

Noraini juga menjelaskan bahawa hebahan keputusan permohonan matrikulasi, politeknik, kolej komuniti dan ILKA dijangka akan diumumkan pada 3 Jun ini, manakala keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA atau IPTA akan diumumkan pada 18 Ogos ini,” katanya.

Sebarang maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon boleh melayari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020, pada jam 10:00-11:00 pagi dan 3:00-4:00 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here