China eksport bekalan perubatan bernilai RM6.2 bilion

BEIJING: Usaha China membantu dunia memerangi wabak COVID-19 menjana keuntungan 10.2 bilion yuan (RM6.2 bilion) kepada republik itu menerusi eksport bekalan barangan perubatan.

Sejak 1 Mac lalu, China membekalkan pelbagai peralatan perubatan termasuk 3.86 bilion topeng muka, 37.52 juta pakaian perlindungan diri (PPE), 2.41 juta jangka suhu infra merah, ventilator, kit saringan dan kacamata perlindungan.

Sementara itu, pegawai Kementerian Perdagangan China, Jiang Fan, berkata republik itu tidak akan menyekat eksport peralatan perubatan.

“Inilah cara China memperingati pertolongan dan bantuan ikhlas yang diberikan oleh negara dunia ketika republik ini teruk terjejas akibat COVID-19″, katanya.

“China juga memberi penekanan terhadap kualiti dan tahap keselamatan bagi setiap bekalan perubatan yang dieksport, selain melaksanakan pemantauan yang ketat terhadap kesemua alatan berkenaan,” katanya.

Jiang berkata, pembeli dari luar negara disarankan membeli produk perubatan daripada pengeluar yang berdaftar dengan pihak berkuasa China, selain turut memeriksa pengesahan produk sebelum digunakan.

Tambah beliau, China sedia untuk berganding bahu bersama masyarakat antarabangsa khususnya dalam urusan eksport bekalan perubatan bagi memerangi pandemik coronavirus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here