Henti salahkan polis, kata KPN

KUALA LUMPUR – Orang awam diminta agar berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya, kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan individu berkenaan tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah individu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

“Kami terpaksa membuat sekatan jalan raya di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19, katanya.

“Saya menasihatkan orang ramai yang tidak tersenarai dalam sektor perkhidmatan perlu untuk memahami arahan PKP, dan perlu melalui sekatan jalan raya,” tambah beliau.

Abdul Hamid berkata sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas semasa sekatan jalan raya, orang awam diminta bersabar kerana pihaknya tidak mahu terlepas pandang jika ada individu tidak berkenaan keluar dari rumah.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata beliau sendiri turun ke lapangan untuk melihat anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya dan menasihatkan mereka supaya bersabar dan bekerja dengan profesional.

Abdul Hamid turut berkata petugas media dibenarkan melalui laluan barisan hadapan kerana mereka juga tersenarai dalam perkhidmatan yang perlu dan penting

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here