COVID-19 : Plus sumbang 1.2 juta

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbang peralatan perubatan bernilai RM1.2 juta dalam usaha membantu petugas barisan hadapan menangani wabak COVID-19.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail, berkata sumbangan berbentuk peralatan perubatan dan perlindungan peribadi itu diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Ketika seluruh tenaga kerja daripada HKL dan HSB memberi fokus untuk merawat pesakit COVID-19, PLUS membantu dalam proses perolehan di mana kami akan membeli terus dari pembekal dan menyelaraskan penghantaran peralatan perubatan ke kedua-dua buah hospital terbabit”

Katanya PLUS menyokong segala usaha kerajaan untuk menangani wabak dan akan terus mengingatkan rakyat supaya kekal berada di rumah di samping menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray, berkata pihaknya berterima kasih kepada PLUS atas komitmennya menghulurkan bantuan peralatan perlindungan peribadi (PPE) berjumlah RM938,000.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here