Langkah tambahan pakej PRIHATIN elak pembuangan pekerja PKS

KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Tambahan bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang diumumkan kerajaan semalam, mampu mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata semua insentif dalam pakej tambahan itu perlu dipantau dengan teliti oleh kerajaan.

“Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada pengusaha PKS mikro dilihat mampu membantu ahli kami yang terbabit dengan perusahaan kraftangan dan cenderamata”

Malah, katanya, ahli MATA yang terbabit dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan yang telah membuat pinjaman daripada syarikat kewangan boleh menarik nafas lega kerana kerajaan menggalakkan penangguhan pembayaran balik pinjaman selama enam bulan sama seperti pihak bank.

Mohd Khalid berkata, golongan yang paling terkesan akibat wabak COVID-19 adalah pengusaha agensi pelancongan yang kebanyakannya terpaksa menghentikan operasi dan memerlukan tempoh antara enam hingga 12 bulan untuk kembali pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here