Subsidi upah ditambah 7.9 bilion bantu PKS

KUALA LUMPUR: Tambahan peruntukan program subsidi upah 7.9 bilion adalah bagi memudahkan aliran tunai sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terancam akibat penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata penambahan peruntukan itu juga dibuat bagi memastikan operasi PKS dapat diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan meningkatkan peruntukan program subsidi upah dan ini menjadikan satu jumlah besar untuk diberi perhatian kepada segmen PKS kerana hari ini mereka terancam memandangkan mereka tiada pendapatan, perniagaan mereka terpaksa dihentikan tetapi kos tetap seperti gaji, sewa dan utiliti perlu dibayar”

“Maka sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat dan masyarakat perniagaan, kita memberikan bantuan upah ini supaya dapat memudahkan aliran tunai kepada PKS dalam tempoh PKP dan kita mengharapkan mereka dapat meneruskan operasi serta menjamin pekerjaan pekerja mereka sepanjang PKP,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here