Tujuh nyaris maut dua rumah terbakar

GEORGE TOWN – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan tujuh orang termasuk dua warga emas, yang terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka membabitkan dua kediaman di Lebuh Carnavon malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Mohamad Rafizi Arafpin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.43 malam dan jentera pertama terus bergegas ke lokasi sebelum mendapati dua buah rumah sedang terbakar manakala penghuni masih terperangkap di dalamnya.

“Ketika bomba tiba, api sedang marak dan tindakan pantas kami telah menyelamatkan tujuh orang termasuk dua warga emas berusia 70-an dari sebuah rumah dan lima lagi ahli keluarga dari sebuah lagi kediaman. Semua mereka tidak mengalami kecederaan serta dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran dari terus merebak ke rumah lain di situ dan kebakaran dapat dipadamkan 30 minit kemudian.

Seramai 100 pegawai dan anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here