88% pesakit positif COVID-19 berada pada tahap satu dan dua

Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Malaysia berada pada tahap satu dan dua.

PUTRAJAYA – Laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, tahap satu adalah kategori pesakit yang positif dijangkiti tetapi tidak bergejala manakala tahap dua adalah pesakit yang positif dan bergejala ringan.

Seterusnya, sebanyak tujuh peratus lagi berada pada tahap tiga dan empat iaitu positif dengan radang paru-paru tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan sementara tahap empat adalah pesakit yang positif dengan radang paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lima peratus pada tahap kelima iaitu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media harian, melaporkan Malaysia kini mencatatkan sejumlah 3,963 kes positif Covid-19 sehingga kini, dengan sebanyak 170 kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 92 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, sehingga tengah hari semalam juga, sebanyak 80 kes yang sudah pulih dan dibenarkan pulang dicatatkan.

“Ia menjadikan sejumlah 1,321 kes iaitu 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, sudah dibenarkan pulang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here