‘E-Bazar Ramadan Grab’ lancar di Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan platform dalam talian dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu Grab Malaysia dinamakan ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’, bagi membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkatanya inisiatif itu diwujudkan susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini yang diumumkan pada 1 April lepas dan usaha itu juga dilihat memberi peluang kepada rakyat Selangor, membeli juadah untuk berbuka puasa secara dalam talian.

Amirudin menjelaskan, menerusi konsep bazar Ramadan digital itu, pembelian hanya dibenarkan dilakukan secara dalam talian iaitu menerusi aplikasi Grab, dan peniaga perlu mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here