SUNGAI PETANI – Empat Pasar Tani Kekal (PTK) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di negeri ini, berjaya mencatatkan nilai jualan lebih RM2.47 juta, tidak termasuk dengan jualan penghantaran tempahan sebanyak RM136,865 atau 5.52 peratus, daripada keseluruhan nilai jualan bermula 18 Mac lalu sehingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah Azman Nasrudin berkata, keadaan itu sekali gus memberi gambaran bahawa, semua PTK itu telah memberi manfaat kepada seramai 124 peniaga kecil, yang menjalankan peniagaan di situ.
“PTK Guar Chempedak mencatatkan jumlah nilai jualan sebanyak RM1.25 juta, PTK Changlun (RM943,730), PTK Kuala Kedah (RM201,678) dan PTK Kulim (RM81,406).
Dalam pada itu Azman berkata, “Setakat ini FAMA Kedah juga telah membantu seramai 73 petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka, bagi mengelakkan berlaku lambakan hasil dalam tempoh PKP berlangsung.Ini antara usaha FAMA bagi membantu golongan peniaga, petani, dan pengguna, dalam keadaan PKP sekarang. Langkah ini juga sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan orang ramai tidak perlu panik,” katanya.
“FAMA Kedah juga merancang untuk membuka PST ini di Baling, Padang Terap dan Pendang, sekiranya tempoh PKP ini dilanjutkan lagi,” katanya.