Langgar PKP, 1,044 ditahan di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 1,044 individu ditahan di seluruh Johor disebabkan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menahan 50 individu berusia 25 hingga 47 tahun semalam sahaja.

“Sehingga kini, 554 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan sabit kesalahan itu boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali “,jelasnya.

Katanya, polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas bagi fasa kedua terhadap mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here