Pengagihan topeng muka berjumlah 24.6 juta di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara, bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan kepentingan pemakaian topeng muka perlu mengikut syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu membabitkan individu yang mempunyai gejala wabak berkenaan.

Katanya, pengagihan di seluruh negara membabitkan 24.6 juta topeng muka itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Dari pusat jawatankuasa ini, topeng muka akan diagihkan petugas ke setiap rumah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here