PPUiTM tingkat kapasiti 200 ujian sampel mulai esok

KUALA LUMPUR: Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM) akan meningkat kapasiti makmal kepada 200 ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 sehari, bermula esok.

Pakar Perunding Microbiologi Perubatan PPUiTM, juga ketua pasukan makmal COVID-19, Prof Dr Ariza Adnan, berkata pihaknya telah menjalankan ujian 100 sampel sehari sejak makmal itu mula beroperasi pada 3 April lalu.

“Seramai 30 petugas termasuk pensyarah, pegawai sains dan ahli teknologi makmal perubatan sedang bekerja dalam dua syif iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan 2 petang hingga 8 malam,” katanya.
Usaha itu adalah untuk meningkatkan kapasiti ujian sampel bagi membantu serta meringankan bebanan kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak penyakit itu.
Mac lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti (HPU), dan satu makmal bergerak boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here