Sultan Selangor kata tiada majlis buka puasa, solat tarawih bersama rakyat tahun ini

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat di masjid seluruh negeri pada bulan Ramadan tahun ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata keputusan itu diambil oleh Baginda selepas mengambil kira faktor keselamatan susulan penularan wabak berbahaya COVID-19 yang masih belum dapat dibendung sepenuhnya selain bagi mengelak rakyat daripada risiko terkena jangkitan.

“Majlis berbuka puasa bersama rakyat di daerah seluruh Selangor dan penyampaian  sumbangan Hari Raya kepada asnaf serta fakir miskin di negeri ini merupakan antara tradisi penting pada setiap bulan Ramadan kepada baginda“, tambah beliau.
Beliau berkata, sumbangan duit raya serta agihan zakat kepada asnaf serta golongan yang memerlukan akan diteruskan lagi dan bukan sahaja pada majlis berbuka puasa.
“LZS akan menyalurkan agihan zakat dan bantuan Hari Raya sebanyak RM500 kepada setiap seorang penerima dengan kaedah yang lebih selamat dan efisien menerusi pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan kepada yang bukan memiliki akaun bank, LZS akan memberikan baucer tunai untuk digunakan di mana-mana cawangan Bank Islam”
Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor juga turut menasihatkan umat Islam supaya menyambut bulan Ramadan kali ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat serta mematuhi panduan dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak Kerajaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here