Bekal makanan untuk penghuni PKPD di Masjid India

Kuala Lumpur : Kerajaan akan membekalkan makanan setiap hari kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan turut mendapat bantuan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan penghuni dibekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD yang bermula 7 April lalu.

Beliau turut berkata, pihaknya dikritik hampir setiap hari namun kritikan itu dianggap sebagai pencetus untuk melakukan tugas dengan lebih baik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kawasan itu menjalani perintah PKPD selepas 15 individu di situ dikesan positif Covid-19 pada 7 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here