COVID-19 : Kluster kenduri Bandar Baru Bangi sudah jangkiti lima generasi

PUTRAJAYA : Pertambahan kes bagi kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi telah menjadikan jumlah kes sebanyak 94.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes sudah dibenarkan pulang, lima kes lagi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 74 kes lagi sedang dirawat di wad biasa daripada jumlah tersebut.

Majlis kenduri kahwin yang diadakan di Bangi pada 6 Mac lalu itu turut dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling dan menyebabkan 47 petugas kesihatan telah dijangkiti oleh Covid-19.

Sementara itu, bagi kluster Persidangan di Gereja, Kuching, Sarawak pula, Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam terdapat 24 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 112 kes bagi kluster berkenaan.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 4,119 kes positif Covid-19 dan 1,487 kes kini sudah pulih sepenuhnya. Malah, sebanyak 65 kes dicatatkan bagi kes kematian Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here