Kadar faedah 0% bagi pakej BSN Micro/i Kredit Prihatin

Kuala Lumpur, 9 April 2020 – Bank Simpanan Nasional (BSN) menyokong penuh inisiatif dan keprihatinan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada usahawan mikro di Malaysia yang telah terjejas oleh wabak COVID-19 melalui Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahan yang diumumkan baru-baru ini.

“Pakej prihatin PKS tambahan sebanyak RM10 bilion ini diharapkan dapat terus membantu meringankan beban kewangan PKS, serta perusahaan mikro di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.

Kadar faedah 2% sedia ada telah dimansuhkan kepada 0% untuk BSN Micro/i Kredit Prihatin. BSN akan terus memainkan peranannya untuk membantu PKS dan usahawan mikro. Amaun pembiayaan maksimum adalah RM75,000 bagi setiap usahawan dengan tempoh pinjaman/pembiayaan antara 1 hingga 5.5 tahun kepada semua usahawan mikro dalam pelbagai segmen.

Kelayakan untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah seperti berikut:

1) Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
2) Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
3) Dimiliki oleh warganegara Malaysia
4) Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
5) Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.

Sementara itu, berikut adalah langkah-langkah bagi membuat permohonan BSN
Micro/i Kredit Prihatin:

1) Sila lawati Facebook BSN Malaysia untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran anda untuk dihubungi. 2) Semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan:
a. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
b. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
c. Penyata Akaun Bank Syarikat untuk tiga (3) bulan terkini
d. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

Kami juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa permohonan mestilah dilakukan melalui BSN sahaja. Di samping itu, orang ramai serta para pelanggan dinasihati untuk
sentiasa berwaspada dengan scammers yang menyamar sebagai Pegawai BSN.

Sebagai salah satu industri yang menyumbang dengan signifikan ke atas ekonomi negara, BSN berharap agar PKS dapat menggunakan peluang ini untuk kekal mampan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here