Alumni Maktab Tentera Diraja hasilkan 464 unit kotak intubasi

KOTA BHARU: Persatuan Bekas Putera (OPA) menghasilkan 464 kotak perlindungan untuk diagihkan kepada golongan petugas barisan hadapan mengekang penularan COVID-19.

Wakil OPA Kelantan, Dr Johari Yap, berkata alumni Maktab Tentera Diraja (MTD) menghasilkan 464 unit kotak perlindungan muka dan kotak intubasi bagi memenuhi keperluan saringan dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di klinik kesihatan dan hospital.

Katanya, projek kotak perlindungan itu pada awalnya dibuat secara kecil-kecilan dengan penghantaran ke beberapa hospital berdekatan di Lembah Klang sahaja dan kini, permintaan semakin bertambah menyebabkan projek ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah OPA pada 23 Mac lalu untuk memenuhi keperluan semasa petugas barisan hadapan.
Johari berkata, kos yang diperlukan untuk menghasilkan seunit kotak perlindungan ialah RM250 dengan reka bentuk khas yang sudah dimodifikasi bersesuaian dengan kegunaan tempatan oleh penyelidik serta pakar perubatan dalam kalangan ahli OPA sendiri.

“Kesemua 464 unit kotak perlindungan yang dihasilkan, berjaya menghantar ke klinik kesihatan dan hospital di seluruh negara dan dengan bantuan logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Tentera Darat Malaysia (TDM) dapat juga berjaya dihantar ke negeri Sabah, Sarawak”,jelasnya.

Mereka yang ingin membantu dan memberi sumbangan keperluan boleh menghubungi OPA di talian 012-3109177.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here