KUALA LUMPUR : Sebanyak 128 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini sudah menerima bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata bekalan makanan kering telah mula diedar dan dapat bantu ke IPT termasuk di Universiti Awam, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.
“Saya tetap menyokong penuh usaha murni ini dan memohon pelajar untuk maklumkan keberadaan anda kepada universiti masing-masing bagi memudahkan proses bantuan disalurkan”
Pada kunjung kali kedua itu, Noraini meninjau proses penghantar sumbangan daripada badan korporat dalam memastikan makanan mencukupi untuk diagihkan ke kampus.