3,511 ketua isi rumah Orang Asli terima bekalan makanan

KUALA LUMPUR – Seramai 3,511 Ketua Isi Rumah, masyarakat Orang Asli di beberapa negeri hari ini menerima bantuan pembekalan set bakul makanan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

KPLB memaklumkan agihan bantuan itu diberikan kepada empat lokasi di Pahang iaitu Kampung Orang Asli (KOA) Sg Tementong , KOA Sg Garam, KOA Sg Mutan dan KOA Sg Sekin.

Menurut KPLB, bantuan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dengan nilai barangan sebanyak RM100 dan juga memberi kit kebersihan seperti antiseptik, penutup hidung dan mulut, sabun berubat sertatambahan susu tepung untuk kanak-kanak kepada setiap ketua isi rumah.

KPLB melaksanakan agihan Bantuan Bakul Makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu melalui JAKOA dan fasa kedua pula telah bemula semalam serta dijangka dapat mengagihkan bantuan tersebut kepada 55,000 ketua isi rumah di 853 kampung, seluruh negara Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here