95 individu dikompaun RM1,000 ingkar PKP

KUCHING: Ketegasan polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi faktor utama peningkatan jumlah individu yang dikompaun kerana mengingkari arahan itu di Sarawak.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, tahap pematuhan PKP di Sarawak kini lebih dari 97 peratus namun polis tegas dalam mengeluarkan kompaun dan menangkap mereka yang tidak bekerjasama seta menghalang tugas polis.

Berikutan ketegasan polis itu katanya, jumlah kompaun semakin meningkat sejak tindakan kompaun dikuatkuasakan empat hari lalu.

Pada hari pertama tindakan kompuan RM1,000 dikuatkuasakan Khamis lalu, hanya seramai tujuh orang dikompaun, namun angka melonjak kepada 73 pada Jumaat dan terus meningkat apabila 89 orang dikompaun semalam.

“Jumlah kompaun terus meningkat kepada 95 orang dalam tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini”, tambah beliau.

Kuching merekodkan kompaun paling banyak dan seramai 17 individu ditangkap dalam tempoh 24 jam bermula semalam hingga jam 8 pagi ini kerana melanggar PKP.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here