KPDNHEP akan laksana skim harga maksimum cegah kenaikan harga

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebiasaannya skim itu dilaksanakan sewaktu musim perayaan, namun kerajaan melihat ia perlu dilaksanakan untuk memastikan tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Disebabkan PKP ini akan diteruskan (hingga 28 April), kita faham kemungkinan ada peniaga tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan menaikkan harga. Oleh itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri berhubung PKP hari ini memutuskan pelaksanaan skim kawalan harga maksimum”, katanya.

KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan khas ke atas keseluruhan rantaian bekalan – peniaga, peruncit, pemborong dan pengilang untuk memantau bekalan 25 barangan keperluan harian.

Ismail Sabri berkata, bekalan bagi hampir semua barangan keperluan asas berada pada tahap stabil untuk PKP 3 yang akan berakhir pada 28 April ini.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga memberi jaminan bekalan makanan kering dan basah turut berada pada tahap memuaskan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here