Permaisuri Agong, Sultan Johor beri sumbangan kepada hospital

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan menyumbangkan 100 katil untuk kegunaan Hospital Sungai Buloh dan 50 katil lagi untuk Hospital Kuala Lumpur.

Manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook beliau menzahirkan setinggi-setinggi penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan oleh baginda tuanku.

Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya.

Sumbangan baginda semalam disampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here