KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2020 – Winner Dynasty Group Sdn Bhd (WDG), tetap terus komited membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 yang telah memasuki fasa ke dua.
Winner Dynasty Group Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan sumbangan dana dan pelaburan melalui Pengerusinya, Dato’ Sri Liow Soon Hee, adalah antara syarikat korporat yang terawal menyahut titah KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong serta seruan Kerajaan Malaysia bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama menangani virus COVID-19.
Sebelum wabak COVID-19, diiktiraf sebagai ‘Pendamic’ oleh Pertubuhan Kesihatan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) di seluruh dunia virus yang bermula di daerah Wuhan di China, WDG atas semangat setia kawan dan rakan perniagaan sekian lama telah terlebih dahulu membantu rakan mereka disana dengan menyumbang penutup hidung dan mulut lebih 1 juta unit yang diedarkan di 31 buah wilayah dan bandar di China seperti wuhan, Beijing, Szechuan, Tianjiang, Shanghai, Hunan, Xinjiang, Yunnan, Guizhou, Guangxi, Gansu, Hubei, Shandong, Zheijang, LionNing, Jiangsi dan lain-lain bandar.
WDG telah bermula lebih awal dengan satu inisiatif membantu rakyat Malaysia yang memerlukan dengan mengedarkan penutup muka atau mask pada satu majlis pengumuman sumbangannya pada 10hb Mac 2020. Di majlis tersebut Dato’ Sri Liow Soon Hee telah menyerahkan 500 ribu unit penutup hidung dan mulut untuk diagihkan mengikut keperluan orang ramai seperti petugas-petugas barisan hadapan dan pelajar sekolah.Pengumuman sumbangan pada majlis sidang media itu telah mendapat perhatian pihak-pihak yang memerlukan seperti Hospital, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia. Sumbangan telah dibuat kepada beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melalui ketua-ketua balai.
Sumbangan juga telah dibuat kepada Hospital Selayang melalui ketua pengarahnya Dr Sakinah Alwi dan kepada Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan).
Selain dari penerima diatas WDG juga telah membuat sumbangan kepada:
- Kerajaan Negeri Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak
- Pusat Khidmat Aduan MCA
- SJK (C) Kheng Chee, Puchong.
Dengan keperluan yang mendesak serta niat untuk membantu Kerajaan Malaysia atas tanggung jawab korporat, WDG telah tampil untuk terus membantu. Melalui bantuan fasa kedua ini, WDG telah memperuntukkan 1 juta unit penutup hidung dan mulut untuk diedarkan. Peruntukan kali ini telah dikhaskan kepada warga kerja media melalui organisasi media yang dipilih. Peruntukan kali ini lebih besar berikutan sumbangan besar warga media kepada masyarakat.
WDG bertekad untuk terus komited bagi membantu Kerajaan Malaysia bersama pada bila-bila masa membasmi ‘Pandemic’ yang melanda seluruh dunia.
Sumbangan fasa kedua ini akan dilaksanakan dengan kadar segera kerana pihak barisan hadapan seperti warga media sangat memerlukannya. Sehingga kini WDG telah memperuntukkan 1.5 juta unit penutup hidung dan mulut.