Inisiatif Terengganu bantu 20,000 ketua isi rumah beri bekalan makanan

KUALA BERANG: Kira-kira 20,000 ketua isi rumah di seluruh parlimen Hulu Terengganu, sudah menerima bantuan bekalan makanan asas melalui pengagihan pada fasa pertama dan kedua sepanjang PKP sejak 18 Mac lalu, kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Ahli parlimen telah menggunakan peruntukan kerajaan berjumlah RM400,000, jelasnya, seluruh masyarakat terkesan berikutan PKP juga menerima bantuan disalurkan kerajaan negeri melalui Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN).

“Setakat ini penyelarasan pengagihan bantuan makanan asas dilakukan secara adil dan bantuan itu bukan sahaja disalurkan kepada pemimpin masyarakat untuk diagihkan kepada masyarakat yang terkesan malah badan bukan kerajaan (NGO) turut dipertanggungjawabkan untuk pengagihan”, jelasnya.

Penyerahan bantuan makanan asas itu diserahkan kepada Pengurus Besar PPK Bukit Diman, Ahmad Azhar Taib, untuk diagihkan kepada 168 petani dan penternak yang juga ahli PPK Bukit Diman.

Dalam perkembangan lain, Rosol menjelaskan, hasil tinjauan dilakukan mendapati masyarakat, terutama suri rumah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan lampin pakai buang dan susu bayi, berikutan terputus punca pendapatan.

Jelasnya, masyarakat kini tidak lagi bimbang mengenai bekalan makanan asas, sebaliknya keperluan mendesak dihadapi untuk mendapatkan susu bayi dan lampin pakai buang akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk jalan penyelesaian.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here