PKP 3 : Rakyat bimbang wujud kluster baharu apabila premis gunting rambut operasi semula

KUALA LUMPUR: Menyaksikan bahawa sektor perkhidmatan tertentu boleh beroperasi semula secara berperingkat apabila memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Susulan pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu kebenaran untuk beroperasi semula bagi beberapa sektor perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai tujuh sektor perkhidmatan yang dibenarkan operasi antaranya kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Namun, pengumuman itu menimbulkan perbincangan hangat dalam media sosial ekoran kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan wujud kluster baharu jangkitan COVID-19, terutamanya dari kedai gunting rambut di Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi kedai gunting rambut dan salun dandanan rambut semasa PKP fasa ketiga, adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan dan dicadang di kawasan zon hijau sahaja.

Ismail Sabri berkata, MITI akan meneliti dahulu permohonan daripada sektor perkhidmatan terbabit sebelum ia dibenarkan beroperasi.

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan agar kedai gunting rambut serta beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi semula semasa PKP fasa ketiga, ditangguhkan buat sementara pada hari Sabtu yang lalu.

Kerajaan Pulau Pinang pula memutuskan untuk tidak membenarkan premis gunting rambut dibuka atau beroperasi di negeri itu sepanjang PKP dilaksanakan.

Kebimbangan pelbagai pihak itu sudah tentu ada asasnya kerana tidak mahu ada kluster atau subkluster baharu wujud semasa tempoh PKP fasa ketiga itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here