Polis : Jangan jual atau beli topeng muka berlogo PDRM, ATM

போலீஸ் முத்திரையுடன் முகக்கவசம்

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada pihak yang terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut yang mempunyai logo PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan ATM. 

Beliau berkata hanya anggota PDRM dan ATM sahaja dibenarkan menggunakan penutup hidung dan mulut yang mempunyai logo tersebut.

“PDRM akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 yang boleh dikenakan denda RM500 atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekiranya kejadian ini berterusan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. 

Huzir berkata amaran itu dikeluarkan apabila terdapat individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan ATM Op Penawar 2020 tular di laman media sosial.

“PDRM akan mengenakan undang-undang yang tegas kepada sesiapa yang sengaja mengambil kesempatan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk menjual serta mempromosikan barangan berlogo PDRM dan ATM.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here