Polis tahan pengedar dadah di sekatan jalan raya

KLANG: Polis menahan seorang lelaki ditahan bersama dadah jenis heroin dengan anggaran berat 41.7 gram ketika penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang ketika melalui sekatan Op Covid-19, di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg kecil mengandungi 30 peket dadah disyaki heroin dalam poket seluar dipakai suspek, dianggarkan seberat 41.7 gram bernilai RM1,500″, katanya.
Beliau berkata suspek dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini dan pemeriksaan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah.
“Siasatan ke atas kes ini masih diteruskan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.
Dalam perkembangan lain, bagi tempoh empat hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Khamis lalu, seramai 108 individu dikompaun RM1,000 kerana mengingkari perintah terbabit.
“Polis Klang Selatan telah melaksanakan sembilan sekatan jalan raya membabitkan lima lokasi statik dan empat lagi secara bergerak.
“Lokasi bagi SJR statik adalah susur keluar MPK, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) susur keluar Jalan Kebun, Jalan Langat Berhadapan Indah Water, Jalan Dato’ Sidin dan Jalan Sungai Udang Kampung Delek, kawasan Sentosa, Bukit Tinggi, Pandamaran dan Pelabuhan Klang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here