STM bantu, beri sumbangan kepada pelajar Malaysia yang sedang menuntut pengajian di Kanada

OTTAWA, 12 April 2020 – Jumlah kes Covid19 di Kanada telah mencecah 24,383 kes dan jumlah kematian adalah 717. Kerajaan Kanada telah mengeluarkan arahan kawasan pergerakan mengikut wilayah masing masing sejak bulan Mac. Kerajaan Kanada juga telah mengurangkan bilangan lapangan terbang yang menerima penerbangan antarabangsa. Selain itu, Kerajaan Kanada juga telah mengambil beberapa tindakan proaktif dalam usaha mengawal penyebaran wabak ini.

Menurut Dato’ Nor Aini Abd Hamid, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, terdapat 450 pelajar Malaysia diseluruh Kanada. Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) mempunyai rekod pendaftaran rakyat Malaysia, namun selepas pandemik ini mula merebak, ramai lagi telah mengambil tindakan untuk berdaftar dengan STM.

Pihak STM mengalu alukan rakyat Malaysia untuk berdaftar dengan STM. Ini penting kerana sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti bencana atau pandemik seperti sekarang, pihak STM boleh mengambil tindakan proaktif dan menyampaikan sebarang maklumat secara efektif.

Selepas pandemik ini mula merebak, menurut Dato’ Nor Aini Abd Hamid, pihak STM telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan rakyat malaysia terutamanya pelajar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Antaranya, pihak STM telah menghubungi pelajar pelajar Malaysia di seluruh Kanada melalui WhatsApp, messenger dan facebook. STM telah mewujudkan mekanisme komunikasi secara berkumpulan bersama mereka. Selain itu, pihak STM juga memastikan kebajikan pelajar pelajar kita sentiasa dititikberatkan. Bagi menjamin kesihatan pelajar pelajar kita, pihak STM telah menghantar face mask, hand sanitizer dan gloves kepada semua pelajar kita di seluruh Kanada.

Pihak STM juga telah menghantar bekalan tersebut kepada pegawai pegawai TUDM dan kakitangan PETRONAS. Selain itu, segala informasi daripada kerajaan Kanada berkaitan dengan pelajar malaysia juga disampaikan kepada mereka.

Saya ingin memohon agar ibubapa sentiasa menghubungi pelajar pelajar kita dan menghubungi pihak STM sekiranya memerlukan bantuan. Kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan membantu.

Menurut En.Kamlesh yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur, keadaan di Ottawa dan Kanada secara keseluruhan terkawal walaupun kes semakin meningkat. Kami masih dapat membeli barangan keperluan dan bekalan masih mencukupi. Pihak STM juga telah memainkan peranan secara efektif dan sentiasa prihatin tentang rakyat Malaysia.

Kami telah menerima bekalan face mask, hand sanitizer dan gloves. Terima kasih Kemenetrai Luar Negeri Malaysia dan STM.

Cik Thivya, seorang pelajar tahun 3 di Universiti Carleton amat menghargai sumbangan dan bantuan STM. Saya berasa sentiasa dijaga dan diberi perhatian, terutamanya ketika ini. Pegawai pegawai STM sentiasa menghubungi says dan lain lain pelajar untuk mengetahui keadaan kami. Mereka sanggup memberi bantuan apa sahaja.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Duta, En.suresh kumar, en muhaimin dan lain lain pegawai di kedutaan untuk bekalan face mask, hand sanitizer dan sarong tangan.

Nandini pelajar tahun 3 dari Newfoundland juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia, kementrian luar negeri dan kedutaan. Saya dan rakan saya Darshini merasakan kami dijaga walaupun kami berada di luar negara. Kami telah menerima bantuan bekalan face mask dan lain lain untuk. Kami sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kepada ibu bapa kami, jagan risau, pihak kedutaan sentiasa menjaga kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here