Semak cecair pembasmi kuman di laman sesawang, aplikasi NPRA

Health ministry

MELAKA: Pengguna disaran menyemak produk cecair pembasmi kuman sebelum membeli, apabila buat pesanan dalam talian dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Mohd Hafiz Abdul Seddek, berkata pengguna boleh membuat semakan itu menerusi sesawang NPRA di pautan www.npra.gov.my atau dengan memuat turun aplikasi NPRA di telefon pintar.

Beliau berkata, produk cecair pembasmi kuman dikategorikan kepada dua iaitu pertamanya kategori kosmetik yang melalui proses notifikasi dan kategori ubat am yang perlu didaftarkan dengan KKM.
“Cecair pembasmi kuman juga terbahagi kepada produk mengandungi alkohol atau bebas alkohol, dan disarankan pengguna untuk memilih mengandungi kepekatan melebihi 60 peratus (alkohol),” katanya dalam Facebook Live hari ini.
Mohd Hafiz berkata, pengguna perlu mengambil langkah berhati-hati sebelum membeli barangan dalam talian dan memastikan peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here